Dunia

Promosi 'PayNothing' dari Unifi Adalah Perangkap Marketing?

Sebagai pengguna yang bijak seharusnya kita teliti dahulu setiap perkataan pada bahagian tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi.



Ia disebabkan setiap terma dan syarat mempunyai unsur-unsur meragukan sekaligus pengguna boleh tertipu secara sukarela. Jangan pula bila dengar percuma hanya beberapa bulan je terus korang kelam kabut pergi langan tanpa ketahui apakah yang berlaku selepas tamatnya promosi percuma itu.


Konten ini sama sekali tiada kena mengena dengan promosi unifi cuma sekadar memberi kesedaran kepada pengguna yang malas membaca terma dan syarat dar sesebuah syarikat. Tahukah anda syarikat yang mempunyai perkhidmatan talian mudah alih dan jalur lebar ini terpaksa melalui pelbagai cabaran sehingga mereka terpaksa membuat pelbagai tawaran promosi yang tidak masuk akal demi menarik perhatian pengguna.



Belum lagi kira kos pengiklanan mereka di kaca TV dan sebagainya dan mungkin memakan jutaan ringgit bagi sesebuah kempen. Namun dalam bidang marketing sudah pastinya ada konsep perangkap pelangan yang malas membaca.


Konten ini tidak perlu panjang sebab korang bukan rajin pun nak membaca jadi secara ringkasnya sila rujuk laman promosi mereka di Unifi yang akan berakhir pada 31 disember 2019.



Gambaran diatas adalah jadual promosi itu sedang berjalan, senang cerita kepada sesiapa yang daftar pada awal october ini dapatlah merasai percuma selama beberapa bulan sehingga yang ditetapkan.


Manakala yang lambat membuat keputusan tu tidak lama lagi korang akan mempunyai komitmen baru dari Unifi sehingga 24 bulan, jika anda dari kalangan peniaga kedai mahupun pejabat mungkin tiada masalah kerana dapat manfaatkan setiap masa.


Tapi kepada pengguna yang bekerja dan terikat dengan masa serta mengharapkan cuti atau balik kerja baru nak guna memang sangat rugi kerana tidak dapat memanfaatkan kecuali dirumah mempunyai sistem pengasawan CCTV.



https://unifi.com.my/campaign/paynothing


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)