Dunia

Isi Petrol Tanpa Perlu Ke Kaunter? Ya, Hanya Dengan Setel Sahaja

Ini sebuah inovasi yang rasanya masih belum ada di negara luar dimana pelangan hanya perlu membuat pembayaran petrol dengan menggunakan telefon mudah alih sahaja menarik bukan?



Setel adalah sebuah Aplikasi mudah alih bekerja membantu anda membayar petrol tanpa perlu ke kaunter, buat masa ini pilihan petrol station hanya di Petronas sahaja manakala yang lain belum dapat dipastikan lagi.


Kami difahamkan Aplikasi Setel ini masih baru beroperasi namun banyak kemaskini yang patut dilakukan demi kemudahan pengguna. Kami juga sempat mencuba beberapa transaksi melalui App ini dan ia sungguh menakjubkan kerana tanpa perlu ke kaunter dimana kadangkala mungkin berjauhan dari pump.



Ada beberapa yang ingin kami ketengahkan dimana App ini masih belum menerima pembayaran secara liter, jadi itu bukan masalah bagi kami untuk terus memanfaatkan kemudahan ini. Dengan ada Setel pemilik kenderaan tidak perlu meninggalkan kenderaan untuk berjalan menuju ke kaunter tambahan pada waktu malam.


Seterusnya bonus bagi mereka yang tidak suka pegang duit banyak ketika keluar rumah jika boleh semua nak cashless termasuk TOL, nah Setel ada penyelesaian dimana korang boleh melakukan topup secara atas talian mahupun sambungkan terus ke debit/kredit kad supaya senang nak tambah nilai.


Tidak tahu dimana petrol pump yang berdekatan? jangan risau Setel turut menyediakan peta dimana petrol pump yang terpilih seperti yang kami katakan diatas adalah Petronas sahaja buat masa ini.


Kalau tempat korang tu tiada Petronas yang menyokong sistem Setel, redha jelah yee mungkin tunggu jalur lebar 5G kot. Ketika kami mencuba app Setel disarankan supaya korang tahu nama tempat Petronas tu kerana adakala GPS telefon mudah alih gagal mengesan kedudukkan yang betul.


www.setel.my


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)