Dunia

Turki - AS Bergabung Melakukan Rondaan Zon Selamat Di Syria Seperti Yang Dipersetujui

Kenderaan bersenjata Turki menyertai konvoi ketenteraan AS sejauh 30 kilometer (18.6 batu) sebagaimana mengikuti pelan keamanan yang dipersetejui bersama.



Pasukan keamanan kedua-dua negara ini akan terus bergerak ke selatan dari Tal Abyad dari Syria dan peronda ini dijangka berterusan sehingga diberitahu kelak.


Pegawai tentera Turki dan A.S bersetuju untuk menubuhkan ZON Selamat di Syria utara dan membangunkan koridor keamanan untuk memnudahkan pergerakan rakyat Syria yang terpaksa berpindah randah mencari daerah untuk berlindung.



Perjanjian ini antara kedua-dua negara ini bertujuan mengambil langkah-langkah keselamatan demi menangani masalah keselamatan antara Turki dan pengganas YPG / PKK dimana didapati kadang-kadang bersekutu bersama A.S untuk menentang Turki.


Kumpulan YPG / PKK adalah cabang pengganas dari Syria yang lebih dari 30 tahun bertanggungjawab terhadap kematian hampir 40,000 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan bayi.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)