Dunia

Samsung, LG Mengurangkan Kakitangan Pembuat Paparan LCD

Pengeluar LCD dari dua jenama ini sedang bergelut dengan kemerosotan industri sekaligus terpaksa mengurangkan kos buruh dalam pembuatannya.



Kata dari pegawai mereka, pengurangan ini disebabkan peningkatan persaingan bersama syarikat China yang semakin sengit dalam industri yang sama.


Dua syarikat pengeluar LCD ini juga telah melaksanakan program pemberhentian sukarela bagi mengurangkan pekerja serta turut memberi pampasan kepada pekerja yang sudi terima akan permasalahan ini.



Pengurangan tenaga buruh seolah-olah menjadi pilihan yang tidak dapat dielakkan kerana nak Samsung telah mengurangkan pengeluaran LCD di kilangnya di Asan menunjukkan perniagaan LCD mereka telah merudum.


Penganalisis Securities berpendapat keputusan untuk mengurangkan kakitangan adalah sebahagian daripada strategi jangka masa panjang bagi menyusun semula perniagaan.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)