Dunia

Utusan Malaysia Berhenti Mencetak Akhbar

Utusan Malaysia telah digemparkan dengan isu masalah pembayaran gaji pekerja semenjak bulan jun 2019 menurut sumber dan aktiviti demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan telah pun diadakan bagi menarik perhatian tokoh Melayu dan lain-lain.



Media diberitahu bahawa akhbar Utusan terakhir akan diterbitkan pada hari esok(Rabu). Di halaman depan turut akan diletakkan notis untuk memberitahu pembaca bahawa syarikat akan menghentikan penerbitan.


Ia bermakna esok adalah kerja yang terakhir bagi mereka dan selepas itu tiada lagi kerja untuk dilakukan sementara dapat peluang pekerjaan baru atau menunggu pelabur baru.



Namun di khabar telah ada pelabur baru yang berminat untuk memiliki syarikat akhbar Utusan cuma ia belum didedahkan siapakah pelabur itu. Jika pelabur baru itu lewat membuat keputusan maka kakitangan Utusan bakal menerima pelbagai masalah termasuk dari segi komitmen pembiayaan bank dan lain-lain.


Adakah perkhidmatan E-hailing / Food Delivery menjadi pilihan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup sementara menunggu nasib dari Utusan dan pelabur baru ?


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)