Dunia

Tips Memeriksa Harga Barangan Di Pasaraya Sebelum Keluar Rumah

Sedang fikir ingin pergi membeli-belah barangan dapur tapi tidak tahu pasaraya yang manakah sedang buat promosi dan boleh memberikan penjimatan kepada anda? Jom kami kongsikan cara memeriksa harga barangan yang ada disetiap pasaraya di Malaysia dengan menggunakan teknik ' Grocery Price Comparison'.



Sedar atau tidak semakin banyak jenama pasaraya di Malaysia yang sedang bersaing cuma manakah sedang memberikan harga hebat kepada barangan yang kita inginkan? Ya, sudah tentu kita tidak tahu kecuali menghabiskan masa satu hari untuk memasuki kesemua pasaraya besar yang ada untuk melakukan tinjauan harga.


Semakin hari kita dikejutkan dengan pelbagai kemudahan dan kemodenan teknologi sehingga boleh dikatakan telefon bimbit zaman sekarang hampir memiliki segalanya yang kita perlukan. Jadi dibawah ini kami senaraikan dua App hebat yang perlu anda muat turun kedalam peranti telefon pintar.



Harga Pedia



Harga pedia sebuah App yang menawarkan database perbandingan harga diperolehi dari seluruh pasaraya yang terkenal di Malaysia. Ia diperkenalkan pada januari tahun 2018 dan dimiliki oleh ONTRACK DIGITAL SDN BHD, pada mula ia dilancarkan kami dapati masih banyak jenama pasaraya yang belum ada didalam database namun kini kami dapati ia sudah memadai bagi yang tinggal dikawasan lembah klang untuk memantau harga barangan dari semasa ke semasa.


https://www.askhargapedia.com/


Smart Shopper



SmartShopper pula App alternatif untuk memantau harga barangan di setiap pasaraya terkemuka di Malaysia demi kemudahan pembeli dan membantu mengurangkan kesesakkan jalan raya. Walaubagaimanapun App ini telah dilancarkan pada semenjak 2013 dan dimiliki oleh Blue Tangents Sdn Bhd.


http://smartshopper.my/


Kedua-dua App diatas sangat bagus untuk rakyat Malaysia berjimat kerana dapat melakukan perbandingan hampir setiap barangan keperluan namun adakala pihak admin mereka gagal mengemaskini harga terkini disebabkan mengalami masalah ralat pada sistem mereka sendiri.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)