Dunia

Hostinger Mengalami Isu Keselamatan

Penyedia hosting Hostinger mengeluar kenyataan bahawa telah dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan dikatakan data pengguna juga besar kemungkinan telah diperolehi.



Hostinger juga telah menghantar pesanan emel kepada pengguna untuk memperbaharui kata laluan masing-masing yang dianggarkan sekitar 14juta emel pengguna.


Pada 23 Ogos, 2019, penyedia hosting telah menerima maklumat bahawa salah satu pelayan kami telah diakses oleh pihak ketiga yang tidak diketahui. Pelayan ini mengandungi token yang digunakan untuk mendapatkan akses lanjut dan meningkatkan keistimewaan ke Server API RESTful dimana tersimpannya butir-butir mengenai pelanggan dan akaun.



Server data API, yang merangkumi nama pengguna Klien, e-mel, kata laluan, nama pertama dan alamat IP telah diakses oleh pihak ketiga dan kami dapat rasakan database hostinger telah berjaya dicuri sebanyak 14 juta pengguna Hostinger.


Salah seorang rakan kerja kami turut pernah melangan Hostinger dan dapati semalam beliau kerap dihubungi oleh nombor luar negara. Tak pasti ia adalah panggilan dari hostinger atau data beliau telah tersebar untuk menjadi mangsa penipuan atas talian.



Tapi ini juga adalah andaian dia sahaja, namun panggilan tersebut masih belum dapat diketahui dari siapa kerana dimasukkan kedalam mode sekat menggunakan app.


Walaubagaimanapun jika anda pernah menerima panggilan dari nombor yang dikenali atau luar negara sila jangan jawab demi isu keselamatan yang tiada lagi batasan.


Sumber : Security Incident Hostinger


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)