Dunia

Harga Rumah Sekarang Adalah Harga Masa Hadapan

Dari dulu kita di sogok dengan perkataan 'Kediaman Mampu Milik' namun ia bukanlah realiti seperti yang digambarkan oleh Kerajaan Malaysia.



Lambakan rumah bukan berpunca syarat pinjaman bank yang ketat namun ia adalah disebabkan pendapatan dan kos sara hidup individu itu menunjukkan tidak layak untuk membuat pinjaman perumahan dengan harga semakin tidak terkawal.


Adakah pembeli itu untung jika berjaya membuat pinjaman perumahan? Penilaian kami pinjaman itu akan memberikan kerugian kepada individu itu kerana dia baru sahaja membeli rumah dengan harga masa depan.



Tahukah kita harga perumahan pada masa ini boleh dikatakan di paras harga masa hadapan disebabkan peratusan berpendapatan rendah di Malaysia masih tinggi jika nak dibandingkan dengan harga perumahan masa kini.


Menurut data terkini Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, jumlah unit tidak terjual di negara ini meningkat kepada 58,078 bernilai RM37.23 bilion pada suku pertama 2019.


Kenaikan itu adalah 5.5 peratus dari segi unit dan 4.1 peratus dari segi nilai berbanding tahun lepas.


Bagi menyelesaikan isu ini rakyat Malaysia dinasihati supaya mula membina kemahiran dan perniagaan sendiri demi meraih keuntungan melebihi pendapatan yang ada sekarang.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)