Dunia

GOJEK Dalam Percubaan Memasuki Pasaran Malaysia Kata Menteri Belia

Menteri Belia Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau berhasrat untuk membawa GOJEK unicorn yang ibu pejabat di Indonesia, dalam usaha untuk membantu kehidupan golongan penunggang motosikal tempatan menambah pendapatan.



Pengasas GOJEK, Nadiem Makarim yang telah membantu mewujudkan peluang pekerjaan lebih 2 juta penunggang motosikal di Indonesia dan seratus ribu lagi di Thailand, Singapura dan Vietnam.


Mereka bersama-sama bertemu dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagi mencadangkan perkara dan berharap diterima dengan baik dan pihak kerajaan akan memuktamadkan perbincangan untuk memperkenalkan perkhidmatan GOJEK di Malaysia dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang pada Rabu ini (21 Ogos).



Sebelum ini kerajaan Malaysia turut pernah bantah satu perkhidmatan membabitkan penunggang motosikal yang turut diperkenalkan dari Indonesia iaitu Dego Ride yang juga menyediakan perkhidmatan teksi motosikal seperti unicorn Indonesia.


Bulan lalu, GOJEK telah memperoleh jumlah pelaburan yang tidak didedahkan daripada Siam Commercial Bank (SCB), pemberi pinjaman terbesar Thailand sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri F yang berterusan. Kami melaporkan GOJEK menyasarkan pasaran lebih dari $ 3 bilion sementara Grab $ 6.5 bilion.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)