Dunia

Adakah Perang Dagang Jepun Dan Korea Selatan Berpanjangan?

Jika berlaku di Timur Tengah pastinya pelbagai jenis bom Atom di lancarkan di udara namun sebaiknya minta jauhi bencana sedemikian di negara-negara Asia.



Kami tidak ingin mengulas apakah punca isu perang dagang antara dua negara ini, kerana dapati ia hanyalah permainan politik dunia seperti mana pernah berlaku antara AS dan China, AS dan Turki. Tapi semua itu hanyalah sementara disebabkan negara-negara ini sebenarnya memerlukan antara satu sama lain.


Kadang kala tidak satu kepala biasalahkan, sedangkan adik beradik kandung pun adakalanya gaduh apa pula negara-negara maju ni. Negara yang berani perang dagang ini selalunya memiliki sejumlah rakyat yang prihatin terhadap permasalahan negara.



Jika di Malaysia kami tidak ambil peduli sangat tentang isu perang dagang ni maklumlah kami kan hidup pelbagai bangsa dan kebanyakkan syarikat swasta pun dimiliki oleh bangsa lain yang kini sudah menjadi warganegara Malaysia.



Gambar diatas menunjukkan Korea Selatan sedang giat melakukan aktiviti boikot barangan Jepun, selepas dapati pihak lawan mereka buang dari senarai putih rakan dagang yang dipercayai sebelum ini.


Adakah negara ASEAN lain akan masuk campur atau masih menyusun stratergi untuk mengelak dari terkena tempias dalam permasalahan ekonomi kedua-dua negara tersebut.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)