Dunia

Bolehkah J&T Express Menjadi Pesaing Hebat POS Malaysia?

Industri perkhidmatan penghantaran di Malaysia semakin berkembang dengan adanya pelaburan dari syarikat luar mahupun dalam negara sendiri seperti POS Malaysia yang boleh dikatakan paling otai buat masa ini.



Sebelum ada J&T Express pada kami piihan utama adalah POS Malaysia walaupun pernah kecoh atas ketidak telusan dari pekerja mereka dalam menguruskan bungkusan pelangan malah pada kami ia masih lagi perkhidmatan yang terbaik setakat ini.


Kemudian muncul pula pelbagai perkhidmatan baru seperti J&T Express dimana syarikat ini mampu membuatkan ramai pengguna bakal beralih arah kerana servis yang ditawarkan memang sangat dasyat.



Menurut sumber dari laman sesawang mereka https://www.jtexpress.my/ kaunter mereka beroperasi sepanjang 365 hari tanpa cuti dan pusat khidmat pelangan mereka pula aktif selama 24Jam berbanding dengan POS Malaysia yang kelihatan manja dan masih ikut cuti kalender.



Sebab itulah dari elok nama POS Laju lama kelamaan terus bertukar jadi POS Lambat dan harga bungkusan tetap mahal paling menarik pengguna tidak dapat membuat anggaran kos kecuali terpaksa pikul bungkusan dan bawa ke kaunter untuk melakukan timbang berat bagi mengetahui harga penghantaran.


J&T Express pula buat masa ini memang sangat mesra pengguna dimana mereka mempunyai sistem untuk memberi maklumat harga penghantaran bungkusan manakala POS Malaysia pada kami masih ketinggalan.



Akhir sekali sekadar pengetahuan kita bersama yang otai adakala sudah pasti mengalami masalah kelewatan tetapi dari segi pengalaman dan perkhidmatan mereka masih berbisa disebabkan syarikat penghantaran yang baru-baru nak berjinak dalam bandar ni belum tentu dapat melakukan penghantaran dikawasan pendalaman kampung tau.


Paling mudah pun pekerja mereka akan nota bahawa barangan tersebut gagal dihantar atas alasan tertentu, manakala jika POS Malaysia bukan kawasan bandar je mereka berpengalaman namun kawasan pendalaman yang tiada peti surat mampu mereka terokai bersama kuda kesayangan mereka.


Tahukah anda demi amanah yang kita berikan mereka sanggup memanfaatkan orang pendalaman untuk dijadikan runner setempat terutama dari kalangan orang Asli atau penghulu kampung yang sudah pasti mengenali akan setiap nama yang tertera di dalam borang penghantaran.


Adakah POS Malaysia akan goyang hanya disebabkan J&T Express? Pada kami oleh kerana J&T Express hanya cover penghantaran seluruh Malaysia tidak termasuk kawasan pendalaman namun POS Malaysia masih otai yang berbisa kerana telah memiliki segala kemudahan termasuk bantuan dari SpiderMan.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)