Pasaran

Numee Gardenia Sudah Mula Nampak Di Pasaran : Mee Kuning

Gardenia Bakeries telah melangkah setapak dengan menghasilkan produk baharu mereka Mee Kuning yang dinamakan Numee Gardenia.



Berita ini telah lama berlegar di laman sosial namun kami masih belum jumpa dimana-mana pasaraya kecil dan besar semenjak menjadi buah mulut orang ramai.


Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning. Penyelidikan intensif selama dua tahun adalah petanda komitmen Gardenia Bakeries untuk memberikan yang terbaik kepada penggemar mee kuning di seluruh tanah air.




Setelah menanti kemunculan produk baharu Mee kuning keluaran Gardenia akhirnya ia sudah mula boleh dibeli di kedai 99SpeedMart walaupun tinjaun kami di beberapa pasaraya besar masih belum kelihatan. Jadi tahniah kepada pemilik 99SpeedMart kerana kekal bebas bersaing menjual produk tidak mengira status syarikat.


Numee Gardenia dikatakan lebih baik kerana telah melalui proses pempasteuran bagi menghapuskan bakteria/pathogen menjadikan ianya bersih, selamat dan sedia dimasak turut mampu bertahan pada suhu bilik.


Menarik ia turut tiada pewarna tambahan untuk menjadikan ia kuning, malah warna yang terhasil adalah asli dari reaksi tindak balas tepung berserta air garam dan air alkali.


Kualiti bungkusan kelihatan sangat baik bagi mencegah sebarang kebocoran dan pencemaran dan boleh didapati dengan harga sekitar RM 1.50, paling penting harga ini kekal di plastik tanpa boleh diubah suai oleh peniaga atau pasaraya.


https://numeegardenia.com.my/


Ingat Mee Kuning, Ingat Numee Gardenia!


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)