Dunia

11Street Melakukan Penjenamaan Menjadi PrestoMall

PrestoMall, sebelum ini dikenali sebagai 11street Malaysia, merupakan pasaran dalam talian terbesar di Malaysia, kini merupakan sebahagian daripada Presto - platform pemasaran sosial yang unik yang menawarkan ganjaran yang hebat. PrestoMall dikendalikan oleh Presto Mall Sdn. Bhd. (Dahulunya dikenali sebagai Celcom Planet Sdn Bhd).



PrestoMall yang memiliki gambar kepala arnab dengan mempunyai dua warna pada logo baharu mereka, namun 11Street yang sebelum ini pada pendapat kami marketing mereka memang agak mengecewakan kerana harga barangan jauh lebih mahal dari kedai atas talian jenama lain.


Ketika itu walaupun kami memiliki hasrat untuk menyokong 11Street tapi memandangkan harganya tidak berpatutan dan marketing kurang mendapat sambutan dari peniaga dan pelangan maka ia dianggap sebagai projek yang gagal.



PrestoMall turut mencipta sistem pembayaran mereka tersendiri yang dinamakan sebagai PrestoPay bagi memudahkan urusan peniaga dan pembeli atas talian. Turut tidak terlepas dengan pelbagai hadiah istimewa seperti pulangan tunai, diskaun, voucher dan lain-lain.


Bagi peniaga dan vendor sedia ada, anda tidak perlu risau kerana anda akan dipindahkan secara automatik dari platform lama kepada yang baru kata Mr Cheong Chia Chou, CEO PrestoMall.


Beliau berharap dengan perubahan besar ini dapat mengembalikan pasaran PrestoMall kepada yang lebih baik demi kemudahan pengguna dan pelabur dimasa hadapan.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)