Dunia

Tajaan Damai Dari AS Kepada Rakyat Palestin Adalah Perangkap?

Dunia tahu akan permainan dari AS dimana mereka sentiasa menggunakan pelbagai tipu muslihat demi mencapai agenda yang telah dirancang sekian lamanya.


'Bukannya pelan damai, sebaliknya pelan menyerah kepada Zionis'.



Riyad al-Maliki mengenai pelan damai Asia Barat yang dirangka Amerika Syarikat (AS) melibatkan Palestin dan Israel, dianggap sebagai perangkap yang terang lagi bersuluh. Beliau menyelar tindakan AS sebagai tidak ikhlas untuk menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin dengan Washington dilihat bertungkus-lumus ‘menyi­apkan pelan supaya penduduk Palestin menyerah kepada Israel’ berbanding mencapai kata putus menerusi pelan rundingan damai.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dihadiri oleh wakil AS ke Asia Barat, Jason Greenblatt turut dianggap sebagai tidak berfungsi pada dunia Islam yang sekian lama telah ditindas ekoran terikat dengan undang-undang antarabangsa yang dikawal oleh AS.



Greenblatt dan penasihat kanan Presiden Donald Trump, Jared Kushner menghabiskan masa selama dua tahun untuk menyiapkan usul rundingan damai yang diharapkan dapat memperbaharui perbincangan antara Israel dengan Palestin. Namun bagi umat Islam di Palestin mendapati AS tidak layak kerana mereka turut memainkan peranan penting dalam menjatuhkan negara-negara Islam di seluruh dunia.


“Pelan yang diusahakan Washing­ton tidak menunjukkan usaha untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin, sebaliknya ingin kami (penduduk Pa­lestin) menyerah kepada Israel,” tegas Riyad - sumber media tempatan.


Dalam perkembangan ber­kaitan, organisasi amal kemanusiaan antarabangsa, ActionAid menyatakan tindakan rejim Zio­nis yang ‘sengaja’ menyasarkan kawasan penempatan penduduk Palestin ketika me­lancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza baru-baru ini dianggap sebagai jenayah perang namun AS tidak pernah mengambil tindakkan sewajarnya kepada Israel.


Palestin dan beberapa organisasi menuduh AS serta Kesatuan Eropah (EU) bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh Israel dengan memberi alasan tindakan pergerakan Palestin melancarkan roket ke arah wilayah Israel, namun mereka ber­diam diri mengenai tindakan Zionis terhadap rakyat Gaza.


Sebuah masjid, empat kemudahan perubatan, lima pejabat media dan 10 bangunan awam turut musnah dalam sera­ngan terbabit. Sementara itu, serangan roket dari pihak Palestin tidak pernah menghancurkan kediaman rakyat Israel berbanding dengan rejim zionist dimana telah melakukan pembunuhan dan kerosakkan besar-besaran di tanah Palestin.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)