Dunia

Israel Melakukan Serangan Udara Di Gaza Atas Alasan Tindak Balas

Tentera zionist telah melancarkan serangan udara di setiap bahagian Semenanjung Gaza sebelum masuknya musim bulan Ramadhan.


Serangan itu menyebabkan empat rakyat Palestin tercedera selepas sebuah pesawat tempur Israel melakukan serangan berhampiran sebuah rumah di bandar Khan Younis di selatan sumber dari rakyat tempatan kepada media.


Sumber media Israel pula berkata bahawa pesawat tempur mereka hanya menyerang sejumlah aktivis Jihad Islam yang berada di "gudang senjata" di kawasan berkenaan dimana pasukan itu harus dihapuskan segera. 'Pada Kami adakah ia benar atau sekadar alasan?'



Pesawat tempur Israel juga menyerang sasaran lain di sebuah rumah milik keluarga Aql Palestin di kem pelarian Nuseirat serta cubaan merosakkan rumah yang berada di sekitar itu, menurut saksi tempatan yang memberi maklumat kepada pihak media.


Sejak Sabtu, sembilan orang Palestin, termasuk seorang wanita hamil dan anaknya, telah mati syahid dan 47 yang lain cedera akibat serangan udara Israel yang dikatakan sangat berlaku kejam terhadap bumi Gaza dan penduduknya.


51 orang cedera pada hari Jumaat dalam serangan tentera Israel ke tapak Hamas yang bersekutu dan serangan berasingan pada perhimpunan melawan pendudukan selama sedekad dan pengepungan jalur Gaza dan lain-lain dikatakan telah mati diserang oleh tentera zionist.


Serangan yang di lakukan itu dikatakan oleh media Israel adalah berpunca oleh pasukan Hamas kerana melancarkan kira-kira 250 roket ke arah penempatan Israel sekaligus telah membunuh tiga orang rakyatnya. Tapi adakah itu berbaloi dengan membunuh ratusan ribu penduduk Palestin semenjak tubuhnya negara haram Israel?


Sementara kita umat Islam sedang melalui bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan namun ada saudara Muslim kita di negara lain sedang bermandi darah dan tiada tempat tinggal disebabkan peperangan yang tiada pengakhiran.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)