TERKINI

Sabtu, 13 April 2019

Microsoft, Amazon Dalam Cubaan Untuk Memenangi Projek Pentagon Bernilai $10 Bilion

Pentagon telah memilih perkhidmatan Web Microsoft dan Amazon sebagai dua finalis untuk kontrak storan awan bernilai $ 10 bilion.



Kontrak pengkomputeran Cloud JEDI di Jabatan Pertahanan AS (DoD) bertujuan untuk membawa seluruh tentera mula bekerja menggunakan teknologi storan dari salah satu syarikat penyedia.


Projek ini juga telah membuatkan beberapa syarikat penyedia gergasi seperti Google membuat kenyataan bahawa projek dari Pentagon ini sudah pasti penuh dengan kerahsian dan menjadikannya hampir mustahil untuk kita mengetahui apa yang akan pihak pentagon ingin bina.



Tahun lalu pekerja Microsoft telah menimbulkan persoalan berkaitan penggabungan kecerdasan buatan (AI) mengenai senjata, pengawasan dan teknologi.


Microsoft juga menggesa pihak Pentagon memberi garis panduan yang jelas berkaitan bagaimana untuk mengawal penggunaan teknologi darinya kemudian hari. Teknologi yang bakal dibina dikatakan mempunyai ciri-ciri bahaya kerana tiada undang-undang yang dapat menghalang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain