Dunia

Polis Chicago Mengesahkan Lima Kematian Dalam Kes Penembakkan Rambang Di Aurora, Illinois

Penembak yang disyaki melakukan penembakkan secara rambang di sebuah perniagaan perkilangan di Aurora, Illinois, telah ditembak mati oleh pegawai polis Chicago.



Pegawai bandar berkata di media sosial bahawa suspek telah berjaya ditumpaskan dan tempat kejadian kembali selamat.


Penangkapan itu berlangsung petang Jumaat di syarikat Henry Pratt sebuah syarikat pengeluar injap terbesar Amerika Syarikat.



Seorang pekerja di syarikat Henry Pratt, John Probst memberitahu media bahawa penembak itu adalah rakan sekerja dan ia mempunyai sepucuk pistol lalu melepaskan tembakkan secara rambang.

Mangsa yang terkena dari tembakkan rambang itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Mercy dan Pusat Perubatan Rush Copley.


Aurora, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 200,000 orang penduduk, terletak kira-kira 40 batu barat Chicago. Ia adalah bandar kedua terbesar di Illinois.


Penduduk tempatan merujuk kepada Aurora sebagai "Kota Cahaya," mengesahkan ia menjadi salah satu bandar Amerika pertama yang melaksanakan sistem lampu jalan elektrik sepenuhnya.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)