Dunia

Pemilik Pablo Escoburger Akan Mengubah Nama Restoran Jika Haters Memberi Amal A$100 Juta

Baru-baru ini, restoran di Melbourne yang dipanggil Pablo Escoburger telah menjadi TOP bukan sahaja untuk nama kontroversialnya, tetapi juga untuk salah satu hidangan burgernya yang dihiaskan serbuk kokain palsu di atas roti dan segulung A$100 palsu.



Walaupun ramai orang mendapati konsep ini hanya menggembirakan, tapi sesetengah netizen di laman Facebook telah meninggalkan komen dengan mengatakan ia bukan konsep yang lucu kerana nama itu pernah dikaitkan dengan raja dadah suatu ketika dahulu.


Pemilik Vaughan Marks telah menafikan dakwaan bahawa restoran dan menunya meraikan atau menyelitkan kokain Pablo Escobar, dan ia menegaskan nama menu dia hanya disebut sebagai Escobar.



Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak akan menukar nama restoran itu kecuali jika semua orang berjaya mengumpul $ 100 Juta untuk amal kepada pemilik tersebut.

Dia berkata: "Jika ia menyakitkan hati orang ramai dan mereka mahu kami mengubah nama itu, maka mari serahkan beberapa sebabnya, jika kita dapat mengumpulkan semua orang yang bertentangan dengan nama itu serta bekerja sebagai satu pasukan untuk mengumpul dana $100 Juta untuk amal kepada pemilik restoran burger maka kami akan mengubah nama itu.


Pablo Escoburger mengayakan hidangan dengan serbuk kokain palsu serta gulungan wang kertas AS Dollar yang dicucuk kedalam roti burger yan gebu atas alasan menarik perhatian orang ramai untuk mencuba menu hidangan itu.


Maklum balas dari pemilik restoran itu berkata dalam satu kenyataan: "Kami sangat berbangga dengan burger kami tetapi kami juga memahami bahawa Pablo Escobar adalah seorang lelaki yang dahsyat dimana ia telah memusnahkan ribuan kehidupan orang Colombia pada suatu ketika dahulu.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)