TERKINI

Rabu, 27 Februari 2019

Pakistan Menembak Jatuh Dua Pesawat Milik India - Kashmir

Pakistan tembak jatuh dua pesawat pejuang milik India di ruang udara miliknya.



Salah satu pesawat telah jatuh di dalam kawasan India Kashmir, manakala lagi satu ia telah jatuh kedalam wilayah yang dipegang Pakistan.


Dua juruterbang India telah ditangkap setelah pesawat mereka mengalami kemalangan selepas ditembak jatuh oleh tentera Pakistan, mangsa didapati cedera dan telah dibawa ke hospital di wilayah Pakistan.




Wilayah Kashmir telah menjadi rebutan oleh kedua-dua buah negara itu sejak sekian lama.


Pesawat udara India dikatakan telah memasuki ruang udara Pakistan pada Rabu selepas mendapati Pakistan melakukan enam serangan udara di daerah kashmir yang diduduki oleh India. (Sumber yang belum dapat disahihkan)


Secara ringkas, Kashmir adalah kawasan yang kaya dengan sumber. Menariknya, di bawah Akta Kemerdekaan India pada tahun 1947, Kashmir bebas untuk menyertai India atau Pakistan. Maharaja, Hari Singh (Maharaja terakhir rantau ini), memutuskan untuk menyetujui India dan sebagai balasan untuk bantuan ketenteraan dan referendum yang dijanjikan.


Keputusan itu turut telah diteliti oleh pihak berkuasa Pakistan, orang awam, dan rakyat Kashmir disebabkan majoriti lebih 70% penduduknya terdiri daripada rakyat beragama Islam.


Sebahagian besar populasi Kashmir juga akan memihak kepada Pakistan atau diberi kuasa sepenuhnya untuk bebas dan bersifat autonomi disebabkan hanya berlainan aliran politik antara kedua-dua negara itu selepas dijajah oleh British.


Konflik ini juga membuatkan kedua-dua buah negara ini menaikkan sistem keselamatan mereka dari ruang udara sehingga ke darat demi persiapan jika menghadapi sebarang unsur peperangan.


AS, China serta Eropah telah dipanggil untuk meredakan keadaan antara konflik Pakistan dan India.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain