Dunia

KIA Picanto GT-Line Kenderaan Bandar Yang Sempurna

Tahukah anda Naza Kia telah membawa masuk Picanto model baharu iaitu GT-Line dengan harga jualan RM57,888 sebelum insuran.



Luaran dan dalaman dia sangat menarik perhatian kami walaupun ia hanya sebuah kenderaan varian kecil dari KIA namun itu bukan penghalang bagi individu yang inginkan keselesaan pemanduan di kawasan bandar.


GT-Line ini dilengkapi dengan reka bentuk luaran yang sporty serta dilekatkan lencana 'GT-Line' di pintu bonet belakang bagi menampakkan ia sebuah kenderaan yang berkuasa tinggi.




Dalaman juga sangat berbaloi bagi kami kerana mempunyai pemandangan premium.


Premium bermaksud mempunyai kerusi kulit serta stereng dan door trim tidak lupa juga dengan multimedia touch screen yang cukup sempurna untuk kenderaan dalam bandar.


Bahagian hadapan pula mempunyai lampu kabus dan skirt sampingan, pelangan juga mungkin tidak perlu fikir untuk mengubahsuai kenderaan ini kerana ia turut mempunyai ekzos berkembar serta rims aloi 16-inci.


Paling menarik lagi kenderaan varian ini telah menambah baik ruang atap dengan meletakkan Sunroof, bagi kami ia telah menjadikan model kenderaan ini kelihatan sungguh luar biasa walaupun ia hanyalah varian kecil yang dikeluarkan oleh KIA untuk pemanduan dalam bandar.


Ingin review lebih lanjut sila lewati Paultan.org


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)