TERKINI

Rabu, 2 Januari 2019

Turki Menghantar Aset Ketenteraan Di Sempadan Daerah Syria

Perdana Menteri Recip Tayyip Erdogan, sebagai tindak balas terhadap ancaman peperangan beliau mengambil keputusan menyusun aset ketenteraan di sempadan Syria.


Turki menghantar ketenteraan ke sempadan Syria sekitar 100,000 termasuk kenderaan trak dan kereta kebal ke kawasan itu.


Aset ketenteraan turki semakin meningkat di kawasan sempadan Sryia selepas Perdana Menteri Tayyip Erdogan mengatakan akan menguatkan tentera di kawasan itu selepas Trump menarik semula bala tenteranya dari Syria.



Sumber dari media turki mengatakan A.S telah bertahun lamanya meletakkan bala tenteranya di tanah Syria dengan alasan membantu memerangi puak pengganas di Syria.


Akan tetapi dunia Islam tahu apa niat sebenar A.S yang suka meletakkan bala tenteranya di negara Islam atas alasan membantu memerangi pengganas ciptaannya.


Malangnya yang jadi mangsa peperangan adalah umat Islam di kawasan itu kerana terputus sumber makanan dan bantuan dari luar dari negara luar seperti mana yang terjadi di negara Palestin sebelum ini.


Trump menarik semula tenteranya di kawasan Syria dengan alasan sudah selesai memerangi kumpulan pengganas sambil mengasihani bala tenteranya yang telah berkorban demi negara.


Oleh sedemikian Turki mengarahkan aset ketenteraannya di sempadan itu bagi membantu memulihkan semula kawasan yang diduduki oleh umat Islam serta membuka laluan supaya bantuan dapat disalurkan dengan lancar dan terkawal oleh tentera Turki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain