TERKINI

Rabu, 2 Januari 2019

PM : Menangguhkan Perubahan Harga Petrol Atas Sebab Perlu Melihat Pelbagai Aspek

Rakyat sudah lama menunggu berita baik dari kerajaan PH mengenai harga petrol.



Harapan pengundi serta rakyat malaysia semenjak mei lalu adalah dapat melihat perubahan besar-besaran termasuk harga petrol dan barang keperluan dapur.


Namun ia masih jadi satu penantian buat rakyat atas isu harga yang sepatutnya diturunkan tapi sehingga ini masih lagi di paras yang sama walaupun harga minyak dunia sentiasa berubah mengikut pasaran semasa.


Kenyataan dari bekas PM Malaysia baru-baru ini mengatakan kerajaan sekarang mungkin sudah mengguna pakai wang rakyat dari harga semasa petrol yang sepatutnya dapat diturunkan tapi sehingga hari harga RON95 masih kekal sama.



Ketika era kerajaan BN sebelum ini yang dipimpin oleh Najib Razak, mereka bersetuju untuk melakukan harga apung terhadap petrol maka rakyat boleh tahu sama ada harga minyak dunia sedang naik atau pun turun cuma pada ketika itu turut ada salah faham antara bekas pembakang terhadap bekas kerajaan dimana kenyataan oleh rafizi sebelum ini mengatakan sepatutnya harga minyak dunia turun tapi BN menaikkan pula harga petrol rakyat.


Maka begitulah kisah dalam arena politik Malaysia dimana rakyat sendiri hampir terkeliru dari setiap kenyataan oleh ahli-ahli politik, maklumlah rakyat tak bijak pandai macam ahli politik atau para menteri.


Walaubagaimana pun ada kelompok rakyat yang berfikiran jika harga petrol dapat diturunkan atau di-subsidi semula maka dapatlah penuhkan satu troli di pasaraya. Jawapannya adalah tidak mungkin kerana era kerajaan PH sendiri pun kita sudah dapat melihat margin kenaikkan harga barang dan makanan.


Semalam pula kenyataan oleh Mahathir memberitahu media dimana pihak kerajaan harus menimbang semula supaya tidak mengacau usahawan petrol pump di Malaysia dan harus meneliti semula dari pelbagai aspek.


Kita mungkin tidak mahu melihat petrol pump berdekatan rumah tutup dan akan menyebabkan terpaksa pergi jauh ke bandar untuk mengisi petrol, maka begitulah arena perniagaan petrol pump yang ada sekarang ini kecuali kerajaan sekarang terus menerus memberikan subsidi kepada rakyat atau usahawan petrol pump.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain