TERKINI

Sabtu, 26 Januari 2019

Petua Menurunkan Kolestrol Hanya Dengan Memanfaatkan Sayuran

Doktor moden akan memberikan ubatan moden yang mengandungi campuran kimia namun sebelum adanya ubatan moden orang terdahulu telah mengamalkan perubatan organic yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan.



Penyakit kolestrol tinggi sememangnya berbahaya terutama bagi tubuh badan warga emas yang amat ditakuti ramai. Namun pendapat oleh pakar mengatakan tubuh badan manusia memerlukan kolestrol cuma jika berlebihan ia mampu menganggu tahap kesihatan seseorang.


Berikutnya adalah perkongsian bagaimana cara mengatasi tahap kolestrol dalam badan kita dengan mengamalkan beberapa resepi ubatan tradisional yang terdiri dari bahan tumbuh-tumbuhan.



Sayur kacang bendi bukan sahaja dikenali sebagai bahan memasakkan kari ikan.

Malah ia turut terkenal dengan pelbagai resepi perubatan tradisional iaitu dengan merendam didalam air minuman kita.


Ciri orang yang mempunyai masalah kolestrol salah satunya adalah kerap mengalami kebas di kaki sama ada ketika sedang tidur mahupun sedang duduk secara bersila.


Maka ada penelitian dari beberapa petua orang kampung dimana masalah sedemikian harus mengamalkan minuman dari hasil rendaman kacang bendi secara berulang kali.


Jangan pula korang ingat minum sekali terus berkesan, usaha itu sama sekali tidak akan berkesan. Sebagaimana kita lihat beberapa pesakit terpaksa kunci jam untuk menelan ubatan moden maka begitu jugalah dengan ubatan organic.


Selain membantu menurunkan kadar kolestrol, kacang bendi juga mengandungi Asid folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain