TERKINI

Khamis, 3 Januari 2019

Pakistan Mengimport Kelengkapan Pertahanan Turki Ke Negaranya

Urusan itu dijangka mencecah sekitar $ 1 bilion setelah hubungan dua hala antara dua negara itu mencapai kesepakatan baru pada tahun lepas.



Pada tahun 2018 sahaja urusan penghantaran masuk ke negara Pakistan telah mencecah $ 400 Juta dengan tawaran yang ditandatangani antara kedua-dua negara untuk penjualan helikopter ATAK Turki serta kapal-kapal MILGEM buatan Turki.


Ankara turut memenangi tender berjuta-juta dolar untuk membekalkan empat corvettes kepada Tentera Laut Pakistan.



Ia juga perjanjian terbesar bagi industri pertahanan Turki dalam sejarah.

Sumber dari media Turki pada tahun 2017, syarikat pertahanan Turki dan Pakistan turut pernah melancarkan satu lagi perjanjian untuk pembinaan empat korvet Turki kelas MILGEM.


Menurut perjanjian, dua kapal akan dibina di Instanbul dan dua lagi di Karachi dengan kelengkapan serba canggih.


Helikopter T129 ATAK juga telah dibangunkan oleh Syarikat Aeroangkasa Turki dan AgustaWestland yang berpangkalan di Itali.


Model itu direka untuk beroperasi dalam keadaan panas, T129 boleh digunakan dalam pelbagai operasi termasuk serangan, peninjauan dan misi pencegahan kata media Turki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain