TERKINI

Ahad, 6 Januari 2019

China Ingin Taiwan Bersatu Secara Sukarela Atau Kekerasan

China mencadangkan Taiwan supaya bersatu bagi memudahkan pelbagai urusan ekonomi, politik dan ketenteraan.



Walaupun Taiwan hanyalah sebuah pulau kecil tinggal bersebelahan China namun ia turut mempunyai potensi tersendiri seperti mana Singapura yang terpisah dari Malaysia sejak berdekad lamanya.


Dunia pada hari ini beranggapan jika Taiwan engan bersatu semula dengan China besar kemungkinan akan tercetusnya peperangan antara mereka.


Ada kajian mengatakan jika peperangan tercetus kemungkinan ia akan menjadi lebih buruk kerana Taiwan adalah sebuah negara yang dibantu penuh oleh kuasa barat A.S.



China menyusun stratergi operasi menawan Taiwan jika terpaksa.

Sebelum ini negara tanah besar telah banyak kali menawarkan peyatuan bagi memperkuatkan politik termasuk isu perdagangan antara China - Amerika Syarikat.


Hasilnya gagal kerana pemimpin Taiwan lebih kearah ideologi barat kerana sering kali meminta bantuan dari AS sebagai pelindung kerana semasa berada dibawah kepimpinan China mereka telah tertindas.


Pada tahun mendatang adakah pemimpin AS akan menghulurkan bantuan atau sekadar melihat Taiwan menahan serangan?


Berdasarkan gambaran dari peta Google, kelihatan bandar Taipei akan menjadi sasaran utama oleh China bagi melumpuhkan sistem negara itu.


Tapi jika AS dan negara kuasa besar yang lain tidak masuk campur mungkin pertahanan Taiwan amat mudah diceroboh oleh China dengan hanya menggunakan aset ketenteraan udara dan laut.


Tahun lepas Trump mengeluar kenyataan telah menarik ribuan askar AS dari timur tengah dengan alasan pengganas telah berjaya dikalahkan namun adakah AS sedang menyusun stratergi untuk Taiwan bagi melancarkan peperangan bersama keatas China?


Atas punca China engan menturuti permintaan perjanjian AS berat sebelah lalu Trump melancarkan perang ekonomi terhadap China disebabkan kebanyakkan negara telah menggunakan matawang dollar atas urusan perdagangan sejak sekian lama maka dengan cara itu AS cuba mengawal sesebuah negara.


Maka oleh kerana Taiwan bersama AS maka ia akan menjadi sasaran pertama oleh China untuk menguasai perairan itu bagi kemudahan negaranya menangkis serangan ekonomi dari AS.


Diatas adalah ideologi peribadi dari kami berdasarkan berita global dan ekonomi semasa, jika negara kuasa besar memulakan cubaan penaklukan maka negara-negara kecil yang lain mungkin akan merasai bersama dari segi ekonomi global termasuk Malaysia mengikut sumber kata pengkaji barat 'tiada peperangan yang tidak menggunakan duit'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain