TERKINI

Rabu, 16 Januari 2019

Brexit Gagal Dan Kepimpinan EU Meminta Britain Mencari Penyelesaian

Perdana Menteri Theresa May diumumkan mengalami kekalahan dalam undian usul Brexit di parlimen.



Ribuan peserta demonstrasi bersorak di dataran Parlimen selepas mengetahui usul Perdana Menteri Theresa May diumumkan gagal. Rata-rata memegang sepanduk dengan kata-kata 'Biarkan Rakyat Bersuara'.


Dalam sesi pengundian yang dijalankan sejumlah 432 ahli Parlimen telah menolak perjanjian itu sementara hanya 202 menyokong. Undian ini juga mencatat rekod tersendiri apabila ia menjadi undi bantahan paling tinggi bagi kerajaan yang masih memerintah.


Tiada perjanjian bermakna tiada tempoh pelaksanaan dengan sewajarnya melindungi hak penduduk EU yang tinggal di United Kingdom(UK) dan sebaliknya.



Ucapan terakhir Theresa May gagal memenangi hati pengundi Brexit untuk memberi sokongan.

Semasa ucapan beliau dapati beberapa kali menerima gangguan kerana sorakan pembangkang hingga mengundang campur tangan Dewan Speaker, John Bercow.


Sumber juga memberitahu keadaan dalam dewan itu sangat bising dan semakin tidak terkawal dan menyebabkan suara Perdana Menteri tidak dapat didengari dengan jelas.


Walaubagaimana pun kekalahan ini paling teruk dialami oleh kerajaan sejak 1920-an kerana ia disifatkan satu bencana selepas gagal berunding selama dua tahun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain