TERKINI

Rabu, 26 Disember 2018

Thailand Meluluskan Marijuana Untuk Perubatan Dan Penyelidikan

Dengan meluluskan marijuana sebagai perubatan dan penyelidikan maka Thailand dikatakan sebuah negara yang maju selangkah ke hadapan.



Sumber mengatakan keputusan ini juga dibuat tanda hadiah Tahun baru kepada kerajaan dan rakyat Thailand kata Somchai Sawangkarn ketika dalam parlimen.


Jika kita lihat ada juga beberapa daerah di barat iaitu Colombia, Kanada yang telah meluluskan penggunaan marijuana untuk perubatan atau sebagai bahan rekreasi.



Manakala penggunaan Marijuana telah menyalahi undang-undang di negara-negara Asia Tenggara.


Bukan itu sahaja malah dikenakan juga hukuman keras sehingga menyebabkan individu yang memiliki marijuana berakhir di tali gantung disebabkan pelanggaran undang-undang negara berkaitan dadah.


Hukuman mati disebabkan marijuana juga telah dilaksanakan di negara-negara seperti Singapura, Indonesia dan Malaysia.



Tetapi pada hujung tahun 2018 Thailand telah mengejutkan dunia dengan meluluskan penggunaan marijuana terutama untuk perubatan dan penyelidikan turut menjadi bahan kawalan, pengedar pula harus mempunyai lesen terlebih dahulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain