TERKINI

Sabtu, 8 Disember 2018

Adakah Pekerjaan Pemandu Grab Masih Releven ?

MyTeksi mencipta kejayaan setelah berjaya bersaing dengan Uber sekaligus terus membeli syarikat itu.



Dalam fasa menambah baik perkhidmatan MyTeksi atau dikenali sebagai Grab Car, pihaknya telah membuat banyak perubahan keatas sistem serta peraturan-peraturan kepada pemandu Grab. Namun dalam perubahan itu ada kelompok pemandu yang dapat menerima manakala ada yang tidak dapat menerima kerana mendapati pihak Grab Car meletakkan syarat-syarat yang ketat terhadap pemandu.


Isu tambang juga pernah jadi isu perbualan antara pemandu dan Grab dimana ia agak kurang sesuai memandangkan pemandu harus menggunakan kenderaan sendiri dan pihak grab sewenangnya mengaut keuntungan sehingga 25% dari hasil tambang.


Tidak lama kemudian pihak Grab Holding dapat buah fikiran yang baru dengan meletakkan keuntungan sebanyak 20% tapi dengan syarat para pemandu harus menggunakan sistem auto-accept yang bakal dilancarkan dalam app driver.



Ciri (auto-accept) membantu pemandu atau lebih memberi tekanan?

Ciri tersebut direka untuk memberi kemudahan kepada individu yang sedang dalam keadaan memandu untuk menerima tempahan secara auto, namun dengan ada sistem yang sebegini akan membuatkan para pemandu menjadi paksa rela untuk menerima tempahan semata-mata inginkan penolakkan komisen 20%.

Setelah sistem itu diuji cuba oleh pemandu maka hasilnya ada diantara mereka gantung kunci kenderaan kerana ia seolah-olah menerima tekanan tanpa henti, bayangkan tambang rendah atau tinggi semua wajib disapu kecuali terpaksa membatalkan tempahan atas sebab-sebab tertentu.


Maka MyTeksi pun membuat pemasaran dengan merekrut pemandu baru yang memiliki kenderaan sendiri atau ditawarkan untuk menyewa kenderaan dari pihak grab. Pemasaran itu kelihatan seperti membuahkan hasil ekoran faktor ekonomi yang tidak menentu dan peluang pekerjaan yang semakin sukar untuk anak muda.


Pada hujung bulan november Grab telah menaik taraf app driver kepada yang lebih baik dan mesra pengguna, senarai-senarai ciri yang kami temui adalah seperti berikut.


Nombor telefon dilindungi

Masalah risau nombor telefon diganggu oleh pemandu grab mungkin menjadi isu oleh penumpang terutama kepada kaum wanita. Maka pihak Grab telah pun membuat sistem panggilan yang tak dapat dihubungi oleh pemandu Grab demi menjaga privasi pelangan.


Insuran kemalangan peribadi penumpang/pemandu

Grab hanya menanggung insuran kemalangan peribadi individu sahaja bukannya kenderaan, jadi segala kemalangan yang menyebabkan kerosakkan kereta adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.


Butang kecemasan di tambah baik

Butang kecemasan ditambah baik dan lebih memudahkan dimana dengan satu klik ia dapat menghantar live location kepada ibu pejabat.


Boleh tukar destinasi ketika dalam perjalanan

Ini mungkin menjadi masalah kepada pemandu jika menerima penumpang yang ada perangai suka tukar destinasi, namun setiap perubahan destinasi yang dibuat akan turut mengubah tambang perjalanan.


Grab chat bergambar

Grab chat bergambar ini adalah yang paling berguna kerana ia mampu membantu pengguna memberikan gambaran lokasi yang tepat.


Papan pick up dan drop off ditambah

Papan ini wujud bertujuan para penumpang dan pemandu grab dapat arah yang betul demi mengelak dari dikena saman jika berhenti di tempat yang salah, manalah tahu penumpang suruh pick up tepi lebuhraya.. tak ke naye.


Boleh batal tempahan Grab

Tempahan boleh dibatalkan sebelum atau selepas pemandu tiba, namun perkara ini masih belum menguntungkan para pemandu kerana setiap roda yang dipusing adalah menggunakan petrol bukannya sinaran cahaya matahari.


Setakat ini sahaja dahulu pendapat kami terhadap syarikat e-hailing ini yang kelihatan semakin membiak hampir diseluruh Asia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain