TERKINI

Rabu, 5 Disember 2018

Palestin Memuji Sokongan Erdogan Terhadap Baitulmuqaddis

Erdogan memberi penghormatan kepada pengorbanan rakyat Palestin demi mempertahankan Baitulmuqaddis.



Kerajaan Palestin telah memuji sokongan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk rakyat Palestin dan kota Baitulmuqaddis yang diduduki. Ucapan pemimpin Turki di mesyuarat jawatankuasa tetap kerjasama ekonomi dan komersial pertubuhan islam (COMCEC) di Instanbul.


Erdogan berkata, dia akan menghalang penjajah yang memasuki ke kota suci itu dan Palestin akan kekal selagi ada umat Islam dan orang berdiri untuk keadilan kebebasan.


Baitulmuqaddis tetap berada di tengah-tengah konflik timur tengah berdekah lamanya, manakala Palestin juga berharap bahawa Baitulmuqaddis suati hari akan jadi sebagai ibukota negara Palestin yang sah.



Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi Agama Islam, Kristian, dan juga Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.


Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.


Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain