TERKINI

Selasa, 25 Disember 2018

Makhamah A.S Memerintah Korea Utara Membayar $501 Juta Atas Kematian Pelajar - Warmbier

Pada tahun 2017 seorang pelajar kolej A.S telah meninggal dunia disebabkan penyeksaan oleh Korea Utara dan kematian tersebut telah membuatkan makhamah A.S memerintah membayar ganti rugi.


Sumber dari Reuters pelajar kolej A.S itu meninggal dunia selepas dibebaskan dari penjara Korea Utara. Keluarga si mati Warmbier turut mengesa makhamah A.S membuat tekanan kepada negara itu atas kematian anaknya.


Pelajar berusia 22 tahun meninggal beberapa hari selepas dikembalikan ke A.S dalam keadaan koma dan koroner Ohio berkata punca kematian adalah kekurangan oksigen dan darah di otak si mati.



"Korea Utara harus bertanggungjawab atas penyeksaan terhadap si mangsa," Beryl Howell dari makhamah A.S.

Pyongyang menolak dakwaan penyeksaan itu dan dikatakan si mangsa telah mengambil pil tidur yang berlebihan.


Trump turut membuat kenyataan dengan mengatakan si mangsa tidak mati dengan sia-sia malah dengan kematiannya itu dapat membantu memulakan proses kepada pertemuan bersejerah pada tahun ini antara pemimpin Trump dan Korea Utara Kim Jong Un.



Pegawai A.S berkata pertemuan kedua pemimpin antara Trump dan Kim mungkin akan berlangsung dalam tahun baru akan datang.


Seorang pelajar di University of Virginia, Warmbier telah dipenjarakan di Korea Utara selama 17 bulan bermula pada Januari 2016. Dia datang ke Korea Utara sebagai pelancong dan media negara Korea Utara mengatakan dia dijatuhi hukuman 15 tahun kerja keras kerana cubaan mencuri barang di hotel yang dia duduki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain