TERKINI

Selasa, 4 Disember 2018

Kuwait Bina 30 Sekolah Di Turki Untuk Anak Suriah

Pelabur kuwait telah bersetuju membangunkan sekolah untuk anak-anak Suriah yang berada dalam jagaan Turki.



Sekitar 30,000 anak-anak Suriah akan belajar di sekolah yang dibina oleh pelabur kuwait. Ia terbina atas persahabatan Kuwait-Turki yang terletak di Haliliye.


Pelajaran di sekolah yang terbina itu juga akan ikut sama seperti tempatan serta ajaran Islam Internasional Kuwait.


Turki dikatakan juga memiliki sejumlah 150,000 warga Suriah yang masih di tahap umur yang bersekolah namun kekurangan bangunan sekolah di Turki menjadi penghalang sebahagian kanak-kanak Suriah itu.



Abdullah Erin meminta bantuan pelabur dari negara-negara Teluk.


Tidak lama kemudian Kuwait mengunjungi Sanliurfa dan memberikan sokongan penuh untuk bekerjasama demi pembangunan sekolah untuk anak-anak Suriah.


Sehubungan itu pelabur dari Qatar juga turut menunjuk minat untuk bekerjasama membangunkan sekolah Suriah di Turki.


Negara Islam seluruh dunia saling bantu membantu demi kesejahteraan bersama, namun begitu media barat saling mengambil kesempatan untuk tunjuk posisi buruk pada negara-negara Islam dari dulu lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain