TERKINI

Sabtu, 22 Disember 2018

Bantuan Persekolahan RM100 Setahun Sekali Adakah Mencukupi?

Peruntukkan bantuan persekolahan dari kerajaan akan diberikan bermula pada bulan hadapan melalui kementerian pelajaran.



Menteri kewangan membuat pengumuman akan menyediakan bantuan sebanyak RM100 setahun sekali sehingga pelajar naik ke tingkatan 5.


Sejumlah 328 juta akan diserahkan kepada kementerian pelajaran untuk diagihkan pada bulan hadapan bagi keluarga yang layak.




Bantuan persekolahan ini juga sudah diamalkan oleh kerajaan sebelum ini dan diteruskan oleh kerajaan baru.

Kerajaan berharap dengan bantuan RM100 setahun sekali ini dapat meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan 3 ribu dan kebawah bagi memenuhi keperluan anak-anak yang bakal menghadapi sesi persekolahan tidak lama lagi.


Hakikatnya jika kita lihat dari sudut ekonomi dimana pemberian RM100 setahun sekali kepada keluarga yang layak bukanlah berkesan kecuali iflasi keperluan harian dapat dikurangkan supaya perbelanjaan murid-murid dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.


Bagi ibu-bapa yang bekerja sudah pasti ada yang tidak sempat menyediakan bekalan untuk anak-anak mereka maka duit belanja persekolahan haruslah diberikan secukupnya untuk dibawa setiap hari.


Setelah itu dalam sesi persekolahan juga murid-murid sudah mempunyai pelbagai komitmen demi memenuhi keperluan kelas atau permintaan cikgu mereka.



Belum lagi kira tentang projek-projek yang harus dipersiapkan menggunakan duit poket sendiri dan bukan ditanggung oleh kelas atau sekolah malah kerajaan.


Jadi untuk memenuhi aktiviti sedemikian dengan bantuan RM100 setahun sekali itu bukanlah tidak bersyukur cumanya secara realiti ia memang tidak mencukupi untuk menampung komitmen oleh murid yang dari keluarga berpendapatan rendah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain