TERKINI

Khamis, 22 November 2018

Mufti Perjelaskan 'Polis Evo 2' Mengikut Shariah

Mufti persekutuan telah dijemput untuk menilai filem melayu bertajuk 'Polis Evo 2' secara tertutup bagi menyelesaikan masalah isu boikot yang sedang tular di internet.



Sebelum ini dikatakan telah tular isu boikot setelah poster tarikh tanyangan mula disebarkan dan ia telah membuatkan netizen marah disebabkan watak serban dijadikan sebagai penjenayah atau dikenali sebagai pengganas dalam trailer filem tersebut.


Nihak penerbit meminta pandangan dari Mufti Persekutuan tentang gambaran filem tersebut sama ada ia melanggar shariah islam atau memburukkan agama Islam dengan memakai serban di kepala.



Watak Hafsham undang reaksi pelbagai pihak


Namun begitu mufti mencadangkan agar pihak produksi melantik pakar agama sebelum menghasilkan sebuah filem bertemakan Islam supaya tidak mengelirukan tanggapan penonton.



Katanya, perkara itu bagi mengelakkan sebarang isu sensitif melibatkan agama.


"Saya mencadangkan supaya dilantik konsultan Syariah agar perjalanan satu-satu filem yang membawakan tema sebegini, dapat mengelakkan sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama.


"Sebaiknya, rujukan kepada konsultan Syariah dilakukan sejak dari awal pembikinan skrip sehinggalah selesai penggambaran keseluruhan filem.


"Kami juga mencadangkan kepada produksi agar meletakkan penjelasan pada awal filem atau pada addendum berkenaan kesamaran dalam jalan cerita (mungkin sengaja diletakkan pada subteks) yang mungkin terdedah kepada salah faham terhadap agama," ujarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ping Artikel Yang Lain