Dunia

Kerajaan Putuskan Tidak Meneruskan Projek ECRL

Kerajaan PH telah putuskan untuk tidak meneruskan projek ECRL, pembatalan projek telah disuarakan oleh Pakatan Harapan sejak bulan April 2018, Tun Mahathir sendiri pernah mempersoalkan.


Projek ECRL adalah sebahagian daripada pelaburan dan kerjsama perdangan berjumlah RM144 bilion yang dimeterai Malaysia dan China ketika lawatan rasmi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke republik itu.


Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang menyambut baik keputusan itu berkata projek itu bakal menjadi pemangkin kesaksamaan ekonomi antara pantai timur dan pantai barat sekali gus menutup jurang antara kedua-dua kawasan itu.,/p>


Projek ECRL yang dijangka siap pada 2024 itu juga akan mewujudkan pelbagai peluang kerja baharu sekaligus mengurangkan kadar penghijrahan golongan muda Kelantan ke negeri-negeri lain selain meningkatkan ekonomi tempatan terutama sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Sumber video Astro Awani

Projek ECRL itu juga dilihat sebagai penyelesaian tunggal mengatasi masalah kesesakan jalan raya di pantai timur terutamanya pada musim perayaan dengan tempoh perjalanan sehingga 14 jam, katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun kami masih menunggu siaran langsung dari wisma putra berkaitan pembatalan projek ECRL ini kerana ia adalah salah satu harapan rakyat kelantan untuk mengelak dari kesesakkan lalu lintas semasa perayaan.


Perdana Menteri berkata, beliau telah menyampaikan perkara itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah yang dihadapi oleh Malaysia.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)