Dunia

Adakah '8coin' Milik Media Prima Semakin Tidak Berbaloi?

Setelah sekian lama mencuba app 8coin yang sebelum ini adalah 8share setelah itu diambil alih oleh syarikat media prima ia terus melakukan penjenamaan serta menukar sistem sedia ada kepada yang lebih susah.



Sebelum ini kami ada cuba beberapa kali terhadap aplikasi 8share dimana ketika dimiliki sepenuhnya oleh RevAsia dan paling menariknya zaman itu ganjaran dibayar sebanyak 20sen untuk setiap pembaca unik.


manakala setelah diambil alih oleh syarikat Media Prima sistem itu telah berubah sepenuhnya dari nilai 20sen terus bertukar kepada mata ganjaran.



Ramai peserta sudah mulai mengeluh kerana sebaran pautan link kepada orang ramai bukanlah kerja mudah tambahan lagi syarat-syaratnya sebelum ini sudah cukup ketat kerana setiap pautan itu perlu menerima pelawat dari alamat ip yang unik.


Tapi Media Prima suka-suka mengubah 20sen kepada mata ganjaran dan setelah itu mereka meletakkan lagi syarat-syarat perlu mengumpul mata ganjaran sehingga 5000pts untuk pertukaran kepada tunai.


Pendapat kami untuk mengumpul 5000pts bukanlah mudah kerana tidak semua artikel yang disediakan oleh 8coin adalah menarik dan paling tidak pun tidak habis-habis mempunyai konsep pengiklanan seperti KFC, McDonalds dan lain-lain.


Akhir sekali tidak semua peserta mempunyai networking yang ramai untuk menyebarkan pautan dari 8coin pula itu syarat-syarat semakin ketat dimana ada beberapa platform tidak dibenarkan untuk menyebarkan pautan.


Senarainya larangan adalah : -


Tagged.com

Gigacircle.com

Globallshare.com

Badoo.com

Meetup.com

Bebo.com

Pinterest.com

Tumblr.com

Instagram.com

Ask.fm

YouTube.com

Whatsapp.com

Line.me

Wechat.com

Snapchat.com

Keek.com

Gleam.io

Skype.com


Oleh kerana itu peserta yang masih mengharapkan peluang ini harus mempunyai sikap lebih kreatif demi menjalankan tugasan penyebaran pautan link kepada orang ramai.


Kepada anda yang memiliki jiwa kreatif bolehlah mencuba menyertai tugasan penyebaran pautan link dari 8coin dan jika berjaya mungkin boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan.


Cuma baru-baru ini kami dapati 8coin.my sudah lama tidak mengemaskini artikel mereka di app maka tiada lagi pautan yang harus dikongsikan buat masa ini.


Sila daftar disini https://8coin.my/.


Share this:

Catat Ulasan

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)