Dunia

Tahukah anda WhatsApp telah membangunkan aplikasi untuk peniaga

Dikatakan buat masa ini aplikasi ini dicipta untuk pengguna Android sahaja manakala peranti yang lain seperti windows dan iOS dalam proses.



Aplikasi WhatsApp untuk peniaga dicipta secara berasingan dan ia dilancarkan pada awal tahun 2018 cuma mungkin masih belum ramai yang menyedari aplikasi ini.


Kerana mungkin anda lebih gemar menggunakan whatsApp yang sedia ada untuk berkomunikasi bersama pelangan. Tapi lagi seronok jika anda berkomunikasi menggunakan akaun official dengan menggunakan platform business dari WhatsApp.



Kerana dengan ada platform baru ini nama perniagaan anda mungkin senang menjadi trademark tanpa perlu risau terhadap ancaman penipuan malah ia turut membuatkan pelangan lebih yakin.


Aplikasi ini juga menyokong pendaftaran nombor yang berbeza, yelah tak kan anda ingin campurkan nombor personal bersama nombor perniagaan sudah pasti akan membuatkan anda keliru.


Seterusnya jika anda malas memegang telefon untuk membalas pertanyaan pelangan, aplikasi whatsApp business turut serasi dengan whatsApp Web dan aplikasi desktop.


Dengan adanya ciri-ciri diatas ia akan membuatkan anda mudah untuk membalas sebarang pertanyaan dari pelangan dengan menggunakan keyboard pc mahupun komputer riba.


https://www.whatsapp.com/business/


Share this:

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)