Dunia

LG mungkin keluarkan telefon pintar 5 kamera untuk V40

Jenama satu ini memang sukar menonjol dalam dunia telefon pintar tetapi bila sudah bangun dari tidur mungkin ia boleh dianggap berfikir diluar kotak pemikiran.



Mana tak, sekarang dalam pasaran telefon pintar sedang sibuk membangunkan dual kamera dihadapan dan 3 kamera di bahagian belakang.



Tapi lain pula keluaran dari LG dimana yang kita tahu telefon pintar mereka model v30 pun sudah mencapai tahap kemodenan yang baik setakat ini.


Khabar angin juga mengatakan model untuk V40 mungkin sahaja akan mempunyai 5 kamera iaitu dual kamera di bahagian hadapan seperti HTC U12 Plus manakala 3 kamera di belakang seperti Huawei P20 pro.


Maka siapa yang sempat merasai keluaran model terbaru mereka akan datang mohon ambil gambar dengan jaya dan selalu 'kalau tak cantik juga tak tahulah'.


Sumber theverge juga mengatakan ini mungkin adalah khabar angin dari LG, tapi jika ia benar berlaku mungkin ini adalah salah satu peranti yang mempunyai banyak kemera pada abad ini.



Share this:

 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)