Pasaran

Dunia

Kekeluargaan

Penaja

Teknologi

Latest Updates

Tips Percutian Ke Bali Yang Ringkas Dan Bermanfaat

Julai 04, 2019

Anda sedang bercadang untuk bercuti ke Bali Indonesia? Semestinya anda bakal menerima pengalaman yang tidak dapat dilupakan setiap kali melancong.


Bali telah berada dalam kategori lokasi percutian yang terkenal di seluruh dunia malah mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.


Namun begitu masih ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui kata orang tempat orang adalah berbeza dengan tempat kita jadi jom lanjutkan pembacaan berikutnya.



Antara tips penting ketika bercuti ke Bali adalah lakukan perancangan yang teliti supaya masa anda yang ada itu tidak dibazirkan dengan tidur sepanjang hari kecuali itu adalah hobi anda ketika melancong di tempat orang.


Kaji dahulu lokasi pilihan kerana tidak semua destinasi sesuai untuk dikunjungi salah satu faktor adalah mengenai cuaca dan persekitaraan.


Jika anda mencari tempat rehat, Kuta semestinya bukan pilihan yang tepat kecuali tiada pilihan . Pakaian semasa berada di Bali turut memainkan peranan kerana ia bukanlah satu-satunya yang anda wajib ada ketika berada disana disebabkan Bali terdapat banyak jenis bar, restoran dan kelab yang mengenakan dress code.


Oleh sedemikian pastikan anda bawa pakaian yang mencukupi dan bersesuaian supaya mudah pergi ke tempat-tempat tersebut.


Adat resam juga sangat penting di Bali maka tunjukkan sahaja tanda hormat selagi tidak melanggar batasan agama. Seterusnya jika anda suka terhadap haiwan comel maka sila berhati-hati kerana jika anda terjumpa mungkin haiwan tersebut adalah jenis liar begitu juga hati-hati dengan penyakit anjing gila.


Bali dikatakan mempunyai banyak anjing liar dan keadaan haiwan ini dalam kondisi yang sangat serius jadi sentiasalah berhati-hati.


Dikatakan setiap kali musim hujan di Bali harga tiket akan menjadi murah namun sumber ramalan kaji cuaca musim itu akan berlaku sekitar bulan Januari hinga April, Oktober hingga November. Tetapi pada musim ini sangatlah sesuai jika anda hanya fikir untuk melakukan aktiviti indoor sahaja.


Jadikan tradisi tawar menawar itu sebagai hobi jika tidak ingin dikenakan harga mahal namun ia hanya berkesan kepada peniaga kecil. Tidak lupa juga pastikan tawar menawar itu berada dalam situasi yang hormat supaya tidak meninggalkan kesan terhadap peniaga kecil disana.


Instagram Bercadang Melakukan Penambahan Slot Pengiklanan

Jun 27, 2019

Kini Instagram telah menjadi produk paling berharga kepada Facebook dimana mempunyai kebolehan menjejak kebanyakkan data pengiklanan perniagaan syarikat lain.



Instagram kini dalam perlaksanaan menaik taraf app mereka untuk mampu menjalankan pengiklanan sama seperti Facebook maka dengan itu hasil dari pengiklanan dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.


Tambahan ramai pengguna sedang giat memuat naik gambar dan video menggunakan app Instagram, pada masa sama ia turut membuatkan Instagram menjadi tempat tumpuan baharu buat penggemar media sosial.



Oleh kerana sedemikian Mark Zuckerberg’s merancang untuk lebih fokus kepada Instagram disebabkan telah nampak potensi untuk menjana keuntungan pengiklanan. Jika kita lihat artis di Malaysia turut tidak terlepas dari mendaftar akaun Instagram dan sentiasa mengemaskini posting terbaru mereka kepada peminat.



Tidak cukup dari itu para peniaga di Malaysia turut menggunakan platform yang sama untuk tujuan marketing mereka begitu juga yang sudah menjadi #instafamous konon dikatakan pengaruh mereka lebih meluas berbanding selebriti tempatan.


Walaupun produk milik Mark Zuckerberg’s sedang gah di seluruh dunia namun mereka tetap mengalami pelbagai masalah seperti website seringkali down dan macam-macam lagi.


Advertisement

Rusia Dalam Usaha Mewujudkan Modul Robot Untuk Penyelenggaraan Satelit

Jun 25, 2019

Pusat Sains Rusia bagi Robotik dan Teknikal Cybernetics (RTC) sedang membangunkan peralatan untuk penyelenggaraan kapal angkasa jauh di orbit.



RTC menjalankan kerja-kerja pembangunan sokongan yang dinamakan robot sokongan kapal angkasa yang prospektif. Ini adalah muatan bagi platform pangkalan kapal angkasa, menjadikan ia satu perkhidmatan, mampu melaksanakan operasi penyelenggaraan orbit.


Projek itu akan menjadi unit bekerja sebagai mengisi bahan bakar kapal angkasa dan lain-lain kemahiran pembaikkan menggunakan alat kawalan jauh dari bumi.



RTC telah membangunkan modul prototaip yang dilengkapi dengan "sensor yang membolehkan pelaksanaan pelbagai algoritma kuasa tork kawalan jauh", akan datang turut tidak perlu memberi risiko kepada angkasawan untuk dihantar ke angkasa yang mungkin memerlukan kos belanja yang tinggi untuk membaik pulih satelit di angkasa lepas.


Rusia , China, Amerika memang taksub dengan projek angkasa lepas namun Jepun turut tidak ketinggalan cuma ia sekarang dalam krisis menanggani masalah serangan Tsunami yang memakan belanja yang besar untuk membaik pulih bencana alam sebelum ini.


s

Qatar Bakal Melabur A$ 3 Bilion Pada Pakistan

Jun 24, 2019

Qatar mengumumkan untuk melabur $3 bilion dalam bentuk matawang Pakistan dalam sumber Qatar News Agency. Pengumuman itu berlaku sehari selepas kunjungan dua hari Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani ke Pakistan.



Timbalan Perdana Menteri dan Menteri luar negeri mengumumkan pelaburan baru dalam bentuk deposit dan pelaburan langsung bernilai sejumlah QR3 bilion di Republik Islam Pakistan kata sumber berita luar negara.


Pakar ekonomi mereka juga mengeluarkan sumber bahawa perkongsian ekonomi Qatar-Pakistan akan berjumlah $9 bilion dengan aspirasi untuk pembangunan dalam hubungan antara kedua-dua negara di semua peringkat politik, ekonomi, sukan dan budaya.



Penasihat kewangan perdana menteri Pakistan turut membuat tweet dengan mengucapkan terima kasih kepada kepada Emir Qatar HRH Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani kerana mengumumkan A$ 3 bilion sebagai pelaburan dalam Pakistan.


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Arab Saudi dan Emiriyah Arab bersatu juta telah mengumumkan pakej bailout sebanyak A$ 6 bilion bagi Pakistan.


Ini turut satu kebanggaan kepada ekonomi Pakistan demi menaikkan taraf ekonomi mereka kepada yang lebih baik setelah berubahnya pemimpin dan kuasa politik di negaranya sepertimana yang sedang berlaku di Malaysia.


Adakah Penggunaan Tempered Glass Telefon Berbaloi Untuk Pengguna?

Jun 24, 2019

Tempered Glass adalah teknologi baharu bagi menggantikan Screen Protector variasi plastik semenjak muncul peranti jenis sesentuh.



Aksesori telefon yang terbaru ini dikatakan dapat menjelaskan ke tahap full HD maka pengguna dapat melihatkan secara jelas berbanding jenis protector jenis plastik sebelum ini.


Jika anda lihat gambaran diatas, dari sudut marketing sungguh memukau peralatan gerudi pun diorang tampal dalam gambar tu. Kononnya teknologi Tempered Glass lebih baik dan tidak mudah retak mahupun pecah jika peranti terjatuh.



Benarkah teknologi ini tidak mudah retak berbanding penggunaan plastik seperti sebelum ini? Mengikut kaji selidik di pasaran mempunyai beberapa jenis gred tahap glass dimana seperti biasa yang mahal tidak semestinya baik dan yang murah juga tidak semestinya kurang baik. Ini semua bergantung pada kecerdikkan pembeli dan marketing peniaga dimana kearah telus atau tidak terhadap barangan yang diniagakan.



Manakala mengikut ujian yang kami lakukan terhadap Tempered Glass Screen Protector yang dibeli dari DirectD dengan harga sekitar RM 20. Eh. . . bukankah perniagaan syarikat penjual telefon ini berkembang maju? Tapi pada kami ia tidak bermakna kualiti aksesori mereka sangat baik berbanding kedai telefon lain.


Gambar diatas adalah hasil penggunaan yang sederhana ibarat menerima hentakkan di paras yang rendah, namun ia memberikan impak yang sangat besar sehingga mengganggu penglihatan.


Sudut Pandangan Baik


Lebih baik tempered glass yang retak berbanding screen telefon yang retak, katakan 10 kali retak dalam masa setahun disitu sudah terlihat kos aksesori anda bakal melambung demi keselesaan mata ketika mengguna. Namun pada pandangan kami pula sudah pasti lebih memilih protector jenis plastik kerana ia bukan sahaja kalis calar malah tidak memberikan kesan tebal pada telefon berbanding tempered glass.


Sudut Pandangan Tidak baik


Ia akan menjadikan kos pembaikkan yang banyak kerana sentiasa perlu membeli aksesori yang baru, itu sahaja huraian kami mengenai penggunaan tempered glass ini, semoga posting ini dapat memberikan anda manfaat dimasa akan datang.


Numee Gardenia Sudah Mula Nampak Di Pasaran : Mee Kuning

Jun 21, 2019

Gardenia Bakeries telah melangkah setapak dengan menghasilkan produk baharu mereka Mee Kuning yang dinamakan Numee Gardenia.



Berita ini telah lama berlegar di laman sosial namun kami masih belum jumpa dimana-mana pasaraya kecil dan besar semenjak menjadi buah mulut orang ramai.


Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning. Penyelidikan intensif selama dua tahun adalah petanda komitmen Gardenia Bakeries untuk memberikan yang terbaik kepada penggemar mee kuning di seluruh tanah air.




Setelah menanti kemunculan produk baharu Mee kuning keluaran Gardenia akhirnya ia sudah mula boleh dibeli di kedai 99SpeedMart walaupun tinjaun kami di beberapa pasaraya besar masih belum kelihatan. Jadi tahniah kepada pemilik 99SpeedMart kerana kekal bebas bersaing menjual produk tidak mengira status syarikat.


Numee Gardenia dikatakan lebih baik kerana telah melalui proses pempasteuran bagi menghapuskan bakteria/pathogen menjadikan ianya bersih, selamat dan sedia dimasak turut mampu bertahan pada suhu bilik.


Menarik ia turut tiada pewarna tambahan untuk menjadikan ia kuning, malah warna yang terhasil adalah asli dari reaksi tindak balas tepung berserta air garam dan air alkali.


Kualiti bungkusan kelihatan sangat baik bagi mencegah sebarang kebocoran dan pencemaran dan boleh didapati dengan harga sekitar RM 1.50, paling penting harga ini kekal di plastik tanpa boleh diubah suai oleh peniaga atau pasaraya.


https://numeegardenia.com.my/


Ingat Mee Kuning, Ingat Numee Gardenia!


11Street Melakukan Penjenamaan Menjadi PrestoMall : Kedai Atas Talian

Jun 20, 2019

11Street sebelum ini jika tidak silap kami ia dimiliki oleh Celcom dimana ketika itu sebahagian pasaran telco ini dimiliki oleh syarikat kerajaan namun setelah bertukar tangan dan dibeli oleh Telenor Digi pemiliknya sudah melakukan perubahan yang drastik.



PrestoMall yang memiliki gambar kepala arnab dengan mempunyai dua warna pada logo baharu mereka, namun 11Street yang sebelum ini pada pendapat kami marketing mereka memang agak mengecewakan kerana harga barangan jauh lebih mahal dari kedai atas talian jenama lain.


Ketika itu walaupun kami memiliki hasrat untuk menyokong 11Street tapi memandangkan harganya tidak berpatutan dan marketing kurang mendapat sambutan dari peniaga dan pelangan maka ia dianggap sebagai projek yang gagal.



PrestoMall turut mencipta sistem pembayaran mereka tersendiri yang dinamakan sebagai PrestoPay bagi memudahkan urusan peniaga dan pembeli atas talian. Turut tidak terlepas dengan pelbagai hadiah istimewa seperti pulangan tunai, diskaun, voucher dan lain-lain.


Bagi peniaga dan vendor sedia ada, anda tidak perlu risau kerana anda akan dipindahkan secara automatik dari platform lama kepada yang baru kata Mr Cheong Chia Chou, CEO PrestoMall.


Beliau berharap dengan perubahan besar ini dapat mengembalikan pasaran PrestoMall kepada yang lebih baik demi kemudahan pengguna dan pelabur dimasa hadapan.


Berjaya Sports Toto Memiliki Keuntungan RM 70 Juta Bersama Dividen 4.5 sen

Jun 20, 2019

Sports Toto adalah sebuah syarikat yang menawarkan permainan Nombor Ramalan berlesen sejak sekian abad lamanya.



Syarikat ini juga telah mencatat rekod keuntungan luar biasa dari tahun-tahun lepas iaitu yang terkini adalah RM70.18 juta berbanding sebelum ini hanya mencecah RM35.18 Juta.


Dari sudut pandangan kami perniagaan mereka juga bukanlah jual produk makanan mahupun alatan elektronik namun ia hanyalah sebuah syarikat yang menjual nombor ramalan kepada pelangan yang gemar mencuba nasib terutama golongan miskin yang berangan menjadi KAYA.



Walaubagaimanapun memang tidak dinafikan dimana ada golongan yang berjaya meramal nombor dan menerima keuntungan luar biasa dari sports Toto dan seangkatannya setelah beberapa kali mencuba nasib. Jika di Malaysia jangan kata bangsa apa je yang membeli nombor ramalan namun sejak sekian abad lagi kedai Nombor Ramalan ini telah dimasuki pelbagai bangsa dan kaum walaupun dari hukum agama ia adalah sektor perjudian yang diharamkan oleh agama Islam.


Syarikat ini turut berjaya membayar dividend sebanyak 4.5 sen kepada pelabur ketika pihaknya melakukan filing pada Bursa Malaysia berkaitan peningkatan perniagaan mereka yang terkini.


 
Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)